PEJABAT PENGURUSAN STRATEGI
Sejajar dengan rancangan dalam
penyusunan semula Kementerian Pertahanan, Pejabat Pengurusan Strategi
telah ditubuhkan pada 01 Disember 2005. Bersesuaian dengan itu
Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah memperkenalkan “Balanced
Scorecard” (BSC) sebagai rangka (Frame Work) ke dalam sistem
pengurusannya disetiap peringkat di seluruh organisasi KEMENTAH/Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Di peringkat awal penubuhannya
pejabat pengurusan strategi mempunyai misi untuk mengurus, menyelaras,
memudahcara dan mengawasi sistem pengurusan strategi dan semua
aktibiti-aktibiti yang berhubung kait dengan strategi agar ianya
dilaksanakan secara “intregated” di semua organisasi KEMENTAH/ABDB. Pejabat Pengurusan Strategi mempunyai fungsi-fungsi utama seperti
berikut:
a. Membantu “Executive Team” dalam
memilih dan mengenal pasti sasaran-sasaran prestasi dan
inisiatif-inisiatif strategi yang mempunyai masaalah.
b. Mengurus tadbir semua sistem lapuran prestasi strategi.
c. Memperkenalkan dan menguatkuasakan
sukatan “Standard” di seluruh organisasi untuk mempastikan initegriti
data prestasi mempunyai “Credibility”.
d. Memasukan perubahan - perubahan pada
strategi KEMENTAH/ABDB kedalam semua dokumen dan kaedah yang diguna
pakai untuk memantau prestasi Strategi “e.g Strategy Map” dan “Balanced
Scorecard”.
e. Membantu semua organisasi KEMENTAH/ABDB dalam pengubahsuaian “Balanced Scorecard”.
f. Menganjurkan latihan dan kursus
pendidikan yang berkaitan dengan”Balanced Scorecard” secara khususnya
dan “Strategic Management” secara amnya.
2. Mensejajarkan Organisasi (Organization Alignment)
a. Mempastikan pensejajaran semua strategi organisasi sejajar dengan strategi KEMENTAH/ABDB.
b. Mempastikan proses penghasilan “Scorecard” teratur dan “Cascade” ke semua peringkat organisasi.
c. Mempastikan pengurusan sistem lapuran prestasi strategi yang sama di semua peringkat organisasi.
d. Mempastikan strategi dan “Scorecard”
di semua peringkat organisasi berhubungkait antara satu dengan yang
lain dan kepada Strategi KEMENTAH/ABDB.
3. Meneliti semula Strategi (Strategy Review)
a. Menganjurkan mesyuarat bulanan “Strategy Management Group” (SMG) untuk meneliti semula data-data prestasi semua organisasi.
b. Memberikan taklimat kepada pengerusi
(SMG) mengenai dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan
“Strategy/Issues” sebelum mesyuarat diadakan.
c. Mendokumentasikan
perubahan-perubahan kepada strategi dan perlaksanaan yang dikenal pasti
semasa mesyuarat dan mengikutinya “Follow up” demi mempastikan yang
perubahan-perubahan di laksanakan.
d. Menilai idea-idea strategi baru
berdasarkan masukan “Input” daripada semua organisasi dan memaklumkan
kepada pengerusi (SMG) berdasarkan kepada kepentingan dan prestasinya
yang berkemungkinan membawa impak kepada strategi KEMENTAH/ABDB.
4. Menyampaikan Strategi (Communicate Strategy)
a.Menyampaikan “Communicate” Strategi
KEMENTAH/ABDB “Scorecard”, sasaran-sasaran dan inisiatif-inisiatif
kepada semua kakitangan/anggota KEMENTAH/ABDB.
b.Mengariskan “best practices”,
idea-idea dan kritikan kepada strategi KEMENTAH/ABDB bersama disemua
organisasi “Knowledge sharing management”.
5. Mengurus inisiatif-inisiatif Strategi (Strategy initiatives Management)
a. Mengurus inisiatif-inisiatif yang
berhubung kait dengan strategi yang mana mempunyai “Cross-Functional”
demi mempastikan ianya menerima sumber-sumber dan perhatian yang
diperlukan.
b. Memantau perkembangan semua inisiatif-inisiatif Strategi dan melaporkan kepada pengurusan tertinggi KEMENTAH.